KAK COMEL: " Adik.cantikan KAWAN kita si F tu PAKAI MCM 2...nampk lembut ja..bgaya lagi...cantikan...akak rasa tenang ja tgk.....Adik nak x tahun ni kita Berazam kita jadi macm 2....kita mula la dari awal..plahan2...nak x adik...." (kononnya listkan senarai azam tahun baru)
Adik CUTE: Diam seketika (senyum sinis)..akak mula dulu nanti saya ikutla....
Yang Tertutup Itu Indah....
“Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap.

No comments:
Post a Comment